Info

Info Bakal Pengantin

Facial wajah penting
  • Bagi mereka tidak pernah buat facial disyorkan 3 bulan sebelum tarikh majlis. Penjagaan awal berfacial penting agar produk yang digunakan serasi dengan kulit.Dikuatiri wajah anda tidak serasi dengan produk boleh merosakkan kulit wajah dengan lebih teruk. Kulit muka memerlukan masa untuk pulih. Jangan sekali melakukan rawatan yang melibatkan pengelupasan kulit , kelihatan licin dan menyukarkan sesi make up kerana foundation sukar untuk melekat.
  • Sekiranya anda kerap berfacial dan serasi dengan produk tersebut ; maka teruskan supaya wajah lebih bersih dan berseri.
2 Minggu sebelum Majlis
  • Ini adalah tempoh anda untuk merehatkan minda dari memikirkan kelengkapan majlis atau buat kerja-kerja berat seperti mengecat rumah, dekorasi hantaran,bunga telor,atau cenderahati kepada tetamu. Waktu ini adalah masa untuk membelai tubuh anda dengan SPA / mandian lulur @ massage. Perkara ini penting agar fikiran dan badan dalam keadaan tenang dan tidak lesu dan seri wajah masa bersanding.
  • Jangan lupa hubungi Mak Andam , Photographer, Katering ,abang deejay , kek kahwin akan tarikh persandingan , agar majlis anda berjalan lancar.
  • Jaga kesihatan dan pemakanan anda.
  • Sediakan awal dokumen penting untuk proses pernikahan sekiranya majlis nikah di masjid , terutama kad pengenalan.
Hari Pernikahan

  • Jangan panik dan gemuruh.Biasalah perasaan ini akan wujud pada semua bakal-bakal pengantin.Fikiran macam tidak percaya bahawa anda akan dinikahkan pada hari yang ditunggu selama ini.Oleh itu cuba kawal perasaan ini dengan berdoa dan beristifar agar majlis akad nikah lancar.
  • Sekiranya nikah di masjid suasana lebih tenang berbanding dirumah suasana yang huru hara sedikit , maka jagalah nada suara anda sekiranya ingin menegur agar tiada yang terasa hati dengan anda.
Hari Persandingan

  • Tidur awal
  • Pastikan anda telah membersihkan diri dan sarapan itu penting ( agar tidak pening kepala )
  • Kerap berkomunikasi dengan mak andam/juru mekap waktu untuk bersanding agar tidak lewat, kasihan pengantin lelaki lama menunggu.
  • Sediakan keperluan kelengkapan seperti kipas dan wayar extension agar anda tidak kepanasan semasa bersiap.
  • Tuan rumah haruslah prihatin kepada pengantin ,Mak Andam dan jurufoto, almaklumlah biasa masa bersanding cuaca 'panas' kering tekak....hulurlah segelas air sirap sejuk kepada mereka.
  • Jangan lupa SENYUM , penting untuk seri wajah dan hari bahagia anda.
  • Pengantin jangan lupa ajak keluarga,saudara mara dan rakan-rakan terutamanya yang rapat dalam sesi bergambar . Mereka ini malu dan tunggu dijemput . Mereka inilah yang banyak membantu menjayakan majlis anda.

*************************************************************
Perkataan "Nuurun" (bahasa arab )yang bermakna cahaya.Seni photo adalah bersumberkan cahaya ; maka lahirlah nama NUURUN PHOTO.Kehidupan,Suka,dan cinta kepada keindahan ciptaan ALLAH ,maka lahirlah idea untuk mengabadikannya dalam sekeping gambar dari kacamata NUURUN PHOTO.Dari gambar dapat menceritakan segalanya , maka lahirlah NUURUN PHOTO.

Semoga saudara/saudari semua dapat menerima hasil seni mengikut variasi NUURUN PHOTO.


Melaka Female Photographer.
Salam kepada semua yang melawati blog ini.
Terima kasih 
kepada semua yang memberikan sokongan dan sudi melawati blog saya.